Tuesday, 15 November 2011

Minggu Ketujuh Dan Kelapan

Assalamualaikum......
Statistical Package for Social Science (SPSS)
Tugasan untuk minggu ini adalah kesinambungan dari minggu sebelumnya.Data dari borang soal selidik dipindahkan ke dalam SPSS.Untuk memastikan  kerja ini dapat berjalan dengan lancar,kami memberikan kod untuk setiap responden.Contohnya,seperti meletakkan kod S1,S2,S3 hinggalah kod S10.Langkah seterusnya,masukkan kod untuk jantina dengan menggunakan kod seperti berikut:
0=lelaki
1=Perempuan
Bagi memudahkan proses memasukkan data,setiap jawapan diberikan kod untuk memudahkan proses memasukkan data....
kod yang digunakan adalah seperti berikut:
A=1
B=2
C=3
D=4
dan begitulah seterusnya.....

Setelah selesai menulis kod untuk data-data tersebut,pemboleubah dimasukkan.Antaranya adalah seperti berikut:


                                              

  • No. Id
  • Jantina
  • Umur
  • Penempatan
  • Pendapatan
Setelah semua data dari responden telah dimasukkan,kami dikehendaki menyediakan satu laporan  dalam OpenOffice.org Writer....
                                                              
                                                  



Antara kandungan yang perlu disertakan dalam kandungan tersebut adalah seperti berikut:

  • Abstrak
  • Pengenalan
  • Literature Review
  • Pendekatan Kajian
  • Dapatan Kajian
  • Perbincangan
  • Cadangan dan Kesimpulan
 Selesai sudah tugasan untuk minggu ini............^_^

Wednesday, 9 November 2011

Soal Selidik dalam Talian

Bagi tugasan untuk minggu ini,setiap kumpulan dikehendaki mencipta /menyediakan 10 soalan berdasarkan tajuk tugasan yang diagihkan /diberikan mengikut kumpulan masing-masing pada awal pembelajaran berlangsung.....
Untuk tugasan ini,kami diberikan garis panduan untuk penyelidikan kaji selidik ini.Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai garis panduan tersebut,anda boleh klik link di bawah:

Untuk pengetahuan anda semua,saya menggunakan Survey Monkey untuk membuat soal selidik.Disini,saya sertakan beberapa link berkaitan dengan cara-cara menggunakan Survey Monkey untuk rujukan bersama...Moga ia memberi manfaat kepada kita semua....^_^ :
Langkah pertama yang perlu anda lakukan sekiranya ingin menggunakan Survey Monkey ialah anda dikehendaki mendaftar di www.surveymonkey.com.Seterusnya,klik sign up FREE samaada dengan menggunakan akaun facebook mahupun akaun Google.Dengan ini,anda boleh membuat soalan pertama.Untuk soalan yang seterusnya,anda hendaklah menekan butang tambah soalan.Begitulah seterusnya sehinggalah soalan ke-10.Anda diberikan pilihan samaada ingin menggunakan pilihan pelbagai mahupun satu jawapan sahaja untuk ruangan tindak balas bagi soalan anda.Seterusnya,bagi memastikan tugasan anda dapat berjalan dengan lancar,mohon kerjasama daripada sahabat handai kalian untuk menjawab soalan tersebut.Minta pendapat daripada rakan sekelas mengenai soalan anda...

Seterusnya,membuat soal selidik dengan menggunakan Google document.Dengan menggunakan gmail account,klik document dan create New-> Form.Seterusnya,anda bolehlah membuat soalan dengan pelbagai cara/kaedah samaada ingin menggunakan jawapan yang pelbagai mahupun satu jawapan sahaja.Edarkan link tersebut untuk memudahkan rakan sekelas anda untuk menjawab soalan.....

Selamat Mencuba.............^_^

Monday, 7 November 2011

Komputer dalam Penyelidikan Pendidikan

Untuk minggu ke-5,kami dikehendaki mendapatkan beberapa maklumat daripada beberapa sumber untuk dijadikan sebagai rujukan kami bagi menyelesaikan tugasan ini.Pada pendapat saya,ini adalah satu tugasan yang menarik untuk diterokai.Untuk tugasan ini,saya dikehendaki mendapatkan 2 artikel jurnal daripada pangkalan data penyelidikan langganan UKM(Universiti Kebangsaan Malaysia),1 artikel daripada google scholar dan 1 artikel daripada book google.Artikel yang dipetik daripada kesusasteraan kajian tersebut mestilah berhubung kait dengan tajuk tugasan pertama saya iaitu berkaitan dengan Etika menggunakan internet(Netiquette).Untuk mendapatkan artikel daripada  google scholar mahupun book google,anda hanya perlu menaip 'GOOGLE SCHOLAR' dan seterusnya menaip judul buku yang berkaitan dengan tugasan anda.Dengan menggunakan cara yang sama,anda boleh mendapatkan artikel daripada book google.Berdasarkan sumber rujukan tersebut,kumpulan saya dikehendaki menyediakan satu laporan berkaitan dengan  tindakan yang patut dilakukan di Malaysia dengan menggunakan OpenOffice 
 Writer.Laporan tersebut hendaklah berkisarkan tajuk tugasan kumpulan saya iaitu Etika menggunakan internet....tapi AWAS,semasa menyediakan laporan tersebut,kami diingatkan agar tidak meniru atau menciplak atau dengan kata lain plagiarism(copy and paste) daripada artikel tersebut......
Untuk maklumat lanjut berkaitan plagiarism,anda boleh klik link tersebut:

Rujukan yang digunakan untuk mendapatkan bahan dalam talian:
  • http://books.google.com/                                                                                                                                                                                                                                                                                *Untuk mendapatkan bahan dalam talian,anda hendaklah mendaftar dengan menggunakan Google account anda