Monday, 7 November 2011

Komputer dalam Penyelidikan Pendidikan

Untuk minggu ke-5,kami dikehendaki mendapatkan beberapa maklumat daripada beberapa sumber untuk dijadikan sebagai rujukan kami bagi menyelesaikan tugasan ini.Pada pendapat saya,ini adalah satu tugasan yang menarik untuk diterokai.Untuk tugasan ini,saya dikehendaki mendapatkan 2 artikel jurnal daripada pangkalan data penyelidikan langganan UKM(Universiti Kebangsaan Malaysia),1 artikel daripada google scholar dan 1 artikel daripada book google.Artikel yang dipetik daripada kesusasteraan kajian tersebut mestilah berhubung kait dengan tajuk tugasan pertama saya iaitu berkaitan dengan Etika menggunakan internet(Netiquette).Untuk mendapatkan artikel daripada  google scholar mahupun book google,anda hanya perlu menaip 'GOOGLE SCHOLAR' dan seterusnya menaip judul buku yang berkaitan dengan tugasan anda.Dengan menggunakan cara yang sama,anda boleh mendapatkan artikel daripada book google.Berdasarkan sumber rujukan tersebut,kumpulan saya dikehendaki menyediakan satu laporan berkaitan dengan  tindakan yang patut dilakukan di Malaysia dengan menggunakan OpenOffice 
 Writer.Laporan tersebut hendaklah berkisarkan tajuk tugasan kumpulan saya iaitu Etika menggunakan internet....tapi AWAS,semasa menyediakan laporan tersebut,kami diingatkan agar tidak meniru atau menciplak atau dengan kata lain plagiarism(copy and paste) daripada artikel tersebut......
Untuk maklumat lanjut berkaitan plagiarism,anda boleh klik link tersebut:

Rujukan yang digunakan untuk mendapatkan bahan dalam talian:
  • http://books.google.com/                                                                                                                                                                                                                                                                                *Untuk mendapatkan bahan dalam talian,anda hendaklah mendaftar dengan menggunakan Google account anda

No comments:

Post a Comment