Wednesday, 9 November 2011

Soal Selidik dalam Talian

Bagi tugasan untuk minggu ini,setiap kumpulan dikehendaki mencipta /menyediakan 10 soalan berdasarkan tajuk tugasan yang diagihkan /diberikan mengikut kumpulan masing-masing pada awal pembelajaran berlangsung.....
Untuk tugasan ini,kami diberikan garis panduan untuk penyelidikan kaji selidik ini.Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai garis panduan tersebut,anda boleh klik link di bawah:

Untuk pengetahuan anda semua,saya menggunakan Survey Monkey untuk membuat soal selidik.Disini,saya sertakan beberapa link berkaitan dengan cara-cara menggunakan Survey Monkey untuk rujukan bersama...Moga ia memberi manfaat kepada kita semua....^_^ :
Langkah pertama yang perlu anda lakukan sekiranya ingin menggunakan Survey Monkey ialah anda dikehendaki mendaftar di www.surveymonkey.com.Seterusnya,klik sign up FREE samaada dengan menggunakan akaun facebook mahupun akaun Google.Dengan ini,anda boleh membuat soalan pertama.Untuk soalan yang seterusnya,anda hendaklah menekan butang tambah soalan.Begitulah seterusnya sehinggalah soalan ke-10.Anda diberikan pilihan samaada ingin menggunakan pilihan pelbagai mahupun satu jawapan sahaja untuk ruangan tindak balas bagi soalan anda.Seterusnya,bagi memastikan tugasan anda dapat berjalan dengan lancar,mohon kerjasama daripada sahabat handai kalian untuk menjawab soalan tersebut.Minta pendapat daripada rakan sekelas mengenai soalan anda...

Seterusnya,membuat soal selidik dengan menggunakan Google document.Dengan menggunakan gmail account,klik document dan create New-> Form.Seterusnya,anda bolehlah membuat soalan dengan pelbagai cara/kaedah samaada ingin menggunakan jawapan yang pelbagai mahupun satu jawapan sahaja.Edarkan link tersebut untuk memudahkan rakan sekelas anda untuk menjawab soalan.....

Selamat Mencuba.............^_^

No comments:

Post a Comment